Monday, October 5, 2009

Arsenal 2-0 Chelsea

Semalam skuad simpanan Arsenal menang 2-0 mengatasi skuad simpanan Chelsea 2-0 di mana Craig Eastmond dan penyerang masa depan Arsenal iaitu Sanchez Watt masing-masing meledak satu gol untuk menang mengatasi Chelsea.. Mikael Silvestre dan Armand Traore sahaja yang beraksi dalam skuad simpanan dalam perlawanan semalam..

Semalam juga menyaksikan pemain pertahanan berbakat besar dari Sepanyol iaitu Ignasi Miquel menandatangani kontrak profesional bersama Arsenal selepas berusia 17 tahun minggu lepas..

Pada 25 September yang lalu.. Oguzhan Ozyakup juga menandatangani kontrak profesional bersama Arsenal.. Pemain tengah yang berusia 17 tahun ini beraksi cemerlang dalam skuad U-18 musim lepas.. Oguzhan yang menyertai Arsenal dari AZ Alkmaar pernah menjadi kapten pasukan Belanda u-16.. Adios!!