Sunday, December 6, 2009

Arsenal U-18 kalahkan Chelsea U-18

Semalam skuad Arsenal bawah 18 tahun berjaya menundukkan skuad Chelsea bawah 18 tahun 2-0 hasil gol lewat perlawanan dari Luke Freeman dan Conor Henderson.. Kemenagan ke atas Chelsea itu mengukuhkan kedudukan Arsenal dalam liga dengan kelebihan 2 mata ke atas Crystal Palace..

Luke Freeman.. Yang di pandangan Atikah ialah seorang prospek penyerang masa depan Arsenal.. Mengukuhkan lagi dakwaan Atikah apabila menjaringkan gol ke-10 nya musim ini dalam 13 perlawanan dan beberapa gol tersebut hadir semasa perlawanan bersama skuad simpanan Arsenal.. Freeman meletakkan Arsenal di hadapan pada minit ke-80..
Conor Henderson pula meletakkan Arsenal di kedudukan selesa pada minit ke-85 untuk Arsenal mendahului 2-0.. Ini juga merupakan gol ke-4 nya sepanjang musim ini.. Kemenangan ini cukup bermakna memandangkan Chelsea merupakan musuh ketat kita selepas Tottenham.. Adios!!