Monday, September 14, 2009

Arsenal Reserves 1-0 Stoke City Reserves

Rhys Murphy muncul wira Arsenal Reserves semalam apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan apabila chippingnya melepasi jangkauan penjaga gol pada minit ke 51 untuk meneruskan rentak cemerlang Arsenal Reserves yang menang 3 daripada 3 perlawanan..

Arsenal Reserves sekarang ini disaing sengit Aston Villa Reserves.. Masing-masing mengutip 9 mata maksimum dari 3 perlawanan musim ini.. Pada 5 Oktober nanti Arsenal Reserves akan menentang Chelsea Reserves.. Apa-apa pun Atikah ucapkan tahniah kepada mereka..

Dan kemungkinan besar hampir keseluruhan pemain yang beraksi bersama Arsenal Reserves ini akan beraksi menentang West Bromwich Albion minggu depan dalam kempen Piala Carling.. Dan untuk pengetahuan semua.. Salah seorang pemain yang beraksi semalam ialah Senderos..

Adakah ini bermaksud Senderos akan jadi seperti Bischoff musim lepas?? Hmm.. Entahlah.. Kecederaan jangka panjang Djourou tidak banyak membantu Senderos sebenarnya.. Apa-apa pun jika Senderos mampu jadi lebih kental dan konsisten.. Sudah pasti dia akan beraksi beberapa perlawanan musim ini..

Tapi Wenger sendiri menegaskan yang masa depan Senderos bersama Arsenal masih cerah walaupun bagi fan Arsenal Senderos tidak lebih seperti pemain lebihan skuad Arsenal.. Tapi Atikah yakin dengan kecederaan jangka panjang Djourou mampu membuka peluang untuk Senderos kembali membuktikan kemampuannya.. Adios!!

Monday, September 7, 2009

Arsenal Reserves & Youth Player (Part Two)

Okey.. Mari kita sembung kembali profile pemain-pemain Arsenal Reserves & Youth untuk musim 2009/2010.. Kali ini Atikah senaraikan lagi 8 pemain skuad simpanan dan belia Arsenal.. Dan kesemuanya ialah pemain pertahanan..

Ignasi Miquel.. Merupakan seorang pemain pertahanan tengah yang berasal dari Barcelona, Sepanyol.. Baru sahaja berusia 16 tahun.. Miquel membentuk gandingan mantap di pertahanan tengah Arsenal U-18 musim lepas bersama Daniel Boateng..

George Brislen-Hall.. Pemain bek kiri mahupan pemain tengah berusia 16 tahun ini dilahirkan di Harlow, England.. Memiliki kelebihan kerana tacklenya.. Dan merupakan salah seorang pemain bek kiri yang akan menyinar suatu hari nanti..

Nicholas Yennaris.. Pemain pertahanan berusia 16 tahun ini dilahirkan di Leytonstone, London.. Mampu beraksi sebagai pemain pertahanan tengah, bek kiri mahu pun pemain tengah.. Nicholas mula menyertai Arsenal sejak berusia 8 tahun..

Rhema Abed.. Pemain bek kanan berusia 18 tahun yang dilahirkan di London ini juga mampu beraksi sebagai pemain pertahanan tengah.. Seorang lagi pemain bek berbakat dan berkualiti yang dilahirkan dari akademi Arsenal..

Luke Ayling.. Pemain bek kanan mahupun pertahanan tengah berusia 18 tahun yang dilahirkan di London ini merupakan seorang lagi pemain bek kanan berbakat.. Cukup hebat di darat mahupun di udara.. Dan baru sahaja menandatangani kontrak profesional bersama Arsenal pada musim panas yang lalu..

Kyle Bartley baru sahaja dinamakan sebagai kapten pasukan skuad simpanan Arsenal pada musim ini untuk mengantikan Mark Randall.. Pemain pertahanan tengah berusia 18 tahun ini sebenarnya dilahirkan di Manchester.. Menandatangani kontrak profesional bersama Arsenal pada musim lepas..

Thomas Cruise.. Pemain bek kiri berusia 18 tahun ini semakin meningkat dari semasa ke semasa.. Mula mendapat tempat setelah Kieran Gibbs diserap masuk ke skuad senior.. Dan Wenger juga bersedia untuk membenarkan Thomas beraksi di posisi bek kiri Arsenal dalam kempen Piala Carling musim ini.. Jadi x sabar rasanya Atikah nak melihat kelibat Thomas di bek kiri Arsenal nanti..

Craig Eastmond.. Pemain bek kanan dan pemain tengah berusia 18 tahun ini dilahirkan di Wandsworth, London.. Namun menurut jurulatih skuad simpanan.. Posisi bek kanan bukanlah posisi terbaik Eastmond.. Eastmond mempunyai kelebihan dalam passingnya..

Okey cukuplah dahulu Atikah kenalkan pemain skuad simpanan & Youth Arsenal.. Atikah akan sambung lagi yang selebihnya dalam part three yang akan disiapkan nanti.. Teruskan bersama blog ini untuk mengetahui berita terkini tentang skuad simpanan & youth Arsenal..

Saturday, September 5, 2009

Arsenal Reserves & Youth Player (Part One)

Okey di sini Atikah akan senaraikan pemain-pemain Arsenal Reserves & Youth.. Untuk Part one ini Atikah hanya akan senaraikan beberapa pemain sahaja.. Jadi marilah kita kenali beberapa pemain Arsenal Reserves & Youth.. Yang mungkin suatu hari nanti akan menjadi pemain utama skuad Arsenal..

Sean McDermott.. Penjaga gol Norway berusia 16 tahun ini baru sahaja diserapkan ke dalam pasukan dari akademi Arsenal selepas Wojciech Szczesny diserapkan ke skuad utama Arsenal.. Fakta menarik tentang Sean ialah dia mewakili Republik Ireland untuk skuad bawah 16 & 17 tahun mereka..

James Shea.. Penjaga gol berusia 18 tahun yang lahir di Islington,England ini yang baru sahaja menandatangani kontrak profesional dan semakin improve sejak musim lepas.. James yang jarang beraksi selepas Szczesny semakin mengukuhkan kedudukannya selepas mengalami kecederaan serius berpeluang untuk menunjukkan kehebatannya selepas menjadi pilihan utama untuk menjadi penjaga gol skuad simpanan Arsenal.. Namun sudah semestinya James perlu bersaing dengan pendatang baru iaitu Sean McDermott..

Daniel Boateng.. Pemain pertahanan berusia 17 tahun yang dilahirkan di London ini merupakan salah seorang pemain yang diserap dari akademi Arsenal.. Daniel dikenali kerana fizikalnya.. Daniel bukan sahaja mampu beraksi sebagai pemain pertahan.. Tetapi bahagian tengah juga mampu dikendalikannya..

Harvard Nordveit.. Pemain pertahanan Norway berusia 19 tahun ini kini sedang dipinjamkan kepada pendatang baru Bundesliga iaitu FC Nurnberg selama satu musim.. Nordveit yang mampu beraksi sebagai pemain tengah bertahan ini dianggap sebagai prospek masa depan Arsenal.. Dan tidak hairan juga jika Wenger bersedia menyerapkan Nordveit dalam skuad utama Arsenal musim depan jika Nordveit mampu beraksi cemerlang bersama FC Nurnberg musim ini..

Wenger yang sedang memerhatikan progress Nordveit sejak dia menyertai Arsenal.. Jelas bersedia menyerapkan Nordveit ke dalam pasukannya musim depan jika berjaya menunjukkan kehebatannya bersama FC Nurnberg musim ini..

Pedro Botelho.. Pemain pertahanan kiri Brazil berusia 19 tahun ini juga mampu beraksi sebagai pemain sayap kiri.. Botelho mungkin mampu menjadi pemain pertahan kiri terbaik Arsenal suatu hari nanti.. Dan sememangnya Arsenal sering mempunyai pemain pertahanan kiri terbaik dunia..

Sead Hajrovic.. Pemain pertahanan Switzerland berusia 16 tahun ini baru saja dibeli Arsenal pada musim perpindahan yang lalu dari kelab Switzerland iaitu Grasshopper-Club Zürich dengan nilai perpindahan 300 ribu pound.. Hajrovic juga mampu beraksi sebagai pemain tengah.. Dan Hajrovic akan menyertai skuad U-18 Arsenal untuk musim 2009/2010..

Okey sampai di sini dululah profile skuad Arsenal Reserves & Youth.. Kita sambung semula profile pasukan pemain Arsenal Reserves & Youth ini di part two dan seterusnya.. Teruskan bersama blog ini.. Adios!!

Pembukaan rasmi

Okey selepas Atikah membuat blog tentang Arsenal Ladies.. Kini Atikah membuat keputusan untuk membuat blog tentang Arsenal Reserves & Youth.. Jadi di sini juga Atikah membuka ruang untuk sesiapa yang mahu menjadi penulis blog ini boleh emailkan ke email Atikah..

Seboleh-bolehnya siapa yang mahu menjadi penulis blog ini ada email Gmail.. Kalau ada dan bersedia membantu Atikah untuk blog Arsenal Reserves ini boleh emailkan pada atikah6312@gmail.com..

Okey Atikah harap semua fan-fan Arsenal akan menyokong blog ini.. Dan Atikah harap ada beberapa orang yang sudi membantu Atikah untuk memeriahkan blog Arsenal Reserves ini.. Kerjasama anda amat Atikah hargai.. Adios!!