Monday, September 7, 2009

Arsenal Reserves & Youth Player (Part Two)

Okey.. Mari kita sembung kembali profile pemain-pemain Arsenal Reserves & Youth untuk musim 2009/2010.. Kali ini Atikah senaraikan lagi 8 pemain skuad simpanan dan belia Arsenal.. Dan kesemuanya ialah pemain pertahanan..

Ignasi Miquel.. Merupakan seorang pemain pertahanan tengah yang berasal dari Barcelona, Sepanyol.. Baru sahaja berusia 16 tahun.. Miquel membentuk gandingan mantap di pertahanan tengah Arsenal U-18 musim lepas bersama Daniel Boateng..

George Brislen-Hall.. Pemain bek kiri mahupan pemain tengah berusia 16 tahun ini dilahirkan di Harlow, England.. Memiliki kelebihan kerana tacklenya.. Dan merupakan salah seorang pemain bek kiri yang akan menyinar suatu hari nanti..

Nicholas Yennaris.. Pemain pertahanan berusia 16 tahun ini dilahirkan di Leytonstone, London.. Mampu beraksi sebagai pemain pertahanan tengah, bek kiri mahu pun pemain tengah.. Nicholas mula menyertai Arsenal sejak berusia 8 tahun..

Rhema Abed.. Pemain bek kanan berusia 18 tahun yang dilahirkan di London ini juga mampu beraksi sebagai pemain pertahanan tengah.. Seorang lagi pemain bek berbakat dan berkualiti yang dilahirkan dari akademi Arsenal..

Luke Ayling.. Pemain bek kanan mahupun pertahanan tengah berusia 18 tahun yang dilahirkan di London ini merupakan seorang lagi pemain bek kanan berbakat.. Cukup hebat di darat mahupun di udara.. Dan baru sahaja menandatangani kontrak profesional bersama Arsenal pada musim panas yang lalu..

Kyle Bartley baru sahaja dinamakan sebagai kapten pasukan skuad simpanan Arsenal pada musim ini untuk mengantikan Mark Randall.. Pemain pertahanan tengah berusia 18 tahun ini sebenarnya dilahirkan di Manchester.. Menandatangani kontrak profesional bersama Arsenal pada musim lepas..

Thomas Cruise.. Pemain bek kiri berusia 18 tahun ini semakin meningkat dari semasa ke semasa.. Mula mendapat tempat setelah Kieran Gibbs diserap masuk ke skuad senior.. Dan Wenger juga bersedia untuk membenarkan Thomas beraksi di posisi bek kiri Arsenal dalam kempen Piala Carling musim ini.. Jadi x sabar rasanya Atikah nak melihat kelibat Thomas di bek kiri Arsenal nanti..

Craig Eastmond.. Pemain bek kanan dan pemain tengah berusia 18 tahun ini dilahirkan di Wandsworth, London.. Namun menurut jurulatih skuad simpanan.. Posisi bek kanan bukanlah posisi terbaik Eastmond.. Eastmond mempunyai kelebihan dalam passingnya..

Okey cukuplah dahulu Atikah kenalkan pemain skuad simpanan & Youth Arsenal.. Atikah akan sambung lagi yang selebihnya dalam part three yang akan disiapkan nanti.. Teruskan bersama blog ini untuk mengetahui berita terkini tentang skuad simpanan & youth Arsenal..

No comments:

Post a Comment