Saturday, September 5, 2009

Arsenal Reserves & Youth Player (Part One)

Okey di sini Atikah akan senaraikan pemain-pemain Arsenal Reserves & Youth.. Untuk Part one ini Atikah hanya akan senaraikan beberapa pemain sahaja.. Jadi marilah kita kenali beberapa pemain Arsenal Reserves & Youth.. Yang mungkin suatu hari nanti akan menjadi pemain utama skuad Arsenal..

Sean McDermott.. Penjaga gol Norway berusia 16 tahun ini baru sahaja diserapkan ke dalam pasukan dari akademi Arsenal selepas Wojciech Szczesny diserapkan ke skuad utama Arsenal.. Fakta menarik tentang Sean ialah dia mewakili Republik Ireland untuk skuad bawah 16 & 17 tahun mereka..

James Shea.. Penjaga gol berusia 18 tahun yang lahir di Islington,England ini yang baru sahaja menandatangani kontrak profesional dan semakin improve sejak musim lepas.. James yang jarang beraksi selepas Szczesny semakin mengukuhkan kedudukannya selepas mengalami kecederaan serius berpeluang untuk menunjukkan kehebatannya selepas menjadi pilihan utama untuk menjadi penjaga gol skuad simpanan Arsenal.. Namun sudah semestinya James perlu bersaing dengan pendatang baru iaitu Sean McDermott..

Daniel Boateng.. Pemain pertahanan berusia 17 tahun yang dilahirkan di London ini merupakan salah seorang pemain yang diserap dari akademi Arsenal.. Daniel dikenali kerana fizikalnya.. Daniel bukan sahaja mampu beraksi sebagai pemain pertahan.. Tetapi bahagian tengah juga mampu dikendalikannya..

Harvard Nordveit.. Pemain pertahanan Norway berusia 19 tahun ini kini sedang dipinjamkan kepada pendatang baru Bundesliga iaitu FC Nurnberg selama satu musim.. Nordveit yang mampu beraksi sebagai pemain tengah bertahan ini dianggap sebagai prospek masa depan Arsenal.. Dan tidak hairan juga jika Wenger bersedia menyerapkan Nordveit dalam skuad utama Arsenal musim depan jika Nordveit mampu beraksi cemerlang bersama FC Nurnberg musim ini..

Wenger yang sedang memerhatikan progress Nordveit sejak dia menyertai Arsenal.. Jelas bersedia menyerapkan Nordveit ke dalam pasukannya musim depan jika berjaya menunjukkan kehebatannya bersama FC Nurnberg musim ini..

Pedro Botelho.. Pemain pertahanan kiri Brazil berusia 19 tahun ini juga mampu beraksi sebagai pemain sayap kiri.. Botelho mungkin mampu menjadi pemain pertahan kiri terbaik Arsenal suatu hari nanti.. Dan sememangnya Arsenal sering mempunyai pemain pertahanan kiri terbaik dunia..

Sead Hajrovic.. Pemain pertahanan Switzerland berusia 16 tahun ini baru saja dibeli Arsenal pada musim perpindahan yang lalu dari kelab Switzerland iaitu Grasshopper-Club Zürich dengan nilai perpindahan 300 ribu pound.. Hajrovic juga mampu beraksi sebagai pemain tengah.. Dan Hajrovic akan menyertai skuad U-18 Arsenal untuk musim 2009/2010..

Okey sampai di sini dululah profile skuad Arsenal Reserves & Youth.. Kita sambung semula profile pasukan pemain Arsenal Reserves & Youth ini di part two dan seterusnya.. Teruskan bersama blog ini.. Adios!!

No comments:

Post a Comment